Tanda-Tanda Seseorang Terkena Strok

Di seluruh dunia, dianggarkan sekitar 13.7 juta kes strok dilaporkan berlaku setiap tahun. Tambahan itu, sekitar 1 daripada setiap 4 orang yang berusia lebih daripada 25 tahun akan mengalami strok dalam jangka hayat mereka.
Selain itu, 60% kes strok yang berlaku setiap tahun terdiri daripada individu yang berusia 69 tahun dan ke bawah. Antara beberapa jenis, strok iskemia lebih kerap berlaku, merangkumi sekitar 87% kes strok.
Jenis strok yang pelbagai serta kondisi otak yang terjejas pada bahagian yang berlainan boleh menimbulkan gejala yang berbeza. Cara termudah bagi mengingat gejala-gejala ini adalah melalui akronim โBE FASTโ yang secara tidak langsung turut menekankan kepentingan bertindak dengan segera apabila strok mula menyerang.
โช๏ธ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐ (๐๐๐ฌ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ง): Individu yang terkena selalunya merasa pening dan boleh juga terjatuh kerana hilang koordinasi.
โช๏ธ๐๐ฒ๐๐ฌ (๐๐๐ญ๐): Strok juga boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur ataupun gelap. Ada juga kes dimana individu terkena strok mengalami masalah melihat menggunakan sebelah mahupun kedua-dua belah mata.
โช๏ธ ๐ ๐๐๐ (๐๐ฎ๐ค๐): Strok juga boleh menyebabkan muka menjadi kebas, kebiasaannya hanya pada separuh bahagian muka yang boleh mengakibatkan muka seakan jatuh pada sebelah bahagian (facial drooping).
โช๏ธ๐๐ซ๐ฆ (๐๐๐ง๐ ๐๐ง): Hilang keupayaan untuk mengangkat sebelah lengan ataupun kondisi yang menyebabkan sebelah lengan jatuh juga merupakan salah satu tanda strok.
โช๏ธ๐๐ฉ๐๐๐๐ก (๐๐๐ซ๐๐๐ค๐๐ฉ๐๐ง): Individu yang terkena strok juga boleh menjadi kebingungan, sukar untuk bercakap dan memahami percakapan orang lain serta bercakap secara tidak jelas.
โช๏ธ ๐๐ข๐ฆ๐ (๐๐๐ฌ๐): Masa merupakan aspek paling penting untuk merawat strok. Hal ini demikian kerana setiap minit yang dibazirkan akan menyebabkan satu persatu sel otak mati. Hubungi 999 dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas.






