Tiub Kencing Tersumbat Atau Bocor : Apa Puncanya ?

Tiub kencing atau catheter digunakan untuk membantu mengalirkan air kencing dari pundi kencing ke dalam beg urin. Ia biasa digunakan oleh pesakit terlantar, warga emas, pesakit selepas pembedahan atau individu yang mempunyai masalah untuk membuang air kecil seperti biasa.
Namun, penjaga mungkin akan berdepan keadaan seperti air kencing tidak mengalir, aliran terlalu perlahan atau berlaku kebocoran di sekitar tiub. Keadaan ini perlu diberi perhatian kerana pesakit boleh rasa tidak selesa, sakit pada bahagian bawah perut atau berisiko mendapat jangkitan jika dibiarkan terlalu lama.
𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐮𝐧𝐜𝐚 𝐭𝐢𝐮𝐛 𝐤𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐭 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐛𝐨𝐜𝐨𝐫 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡:
▪️Tiub terlipat atau terhimpit
Periksa jika tiub terselit di bawah badan pesakit, katil atau pakaian.
▪️ Beg urin terlalu penuh atau terlalu tinggi
Pastikan beg urin dikosongkan bila perlu dan berada di bawah paras pundi kencing.
▪️ Mendapan dalam tiub
Lendir, mendapan atau darah halus boleh mengganggu aliran air kencing.
▪️ Tiub berubah kedudukan
Tiub boleh tertarik atau longgar apabila pesakit banyak bergerak.
Jangan tarik atau cuba masukkan semula tiub sendiri. Dapatkan bantuan segera jika air kencing langsung tidak mengalir, pesakit sakit di bahagian bawah perut, demam, urin berdarah banyak atau tiub tercabut.
💙 Perlukan bantuan untuk pertukaran atau pemeriksaan tiub kencing?
Dapatkan bantuan daripada petugas yang berpengalaman untuk memastikan penjagaan dilakukan dengan lebih selamat dan teratur.
📍 Perkhidmatan hanya di sekitar Johor Bahru.
📞 Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan.
Tempahan Rawatan Pertukaran Tiub






