
Tiub kencing merupakan tiub yang dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk megeluarkan air kencing dari pundi.
Ini mungkin dilakukan kerana beberapa sebab seperti pesakit mempunyai kudis tekanan, masalah kesukaran kencing atau pengawalan kencing. Tiub ini mungkin diletakkan secara sementara atau jangka masa panjang.
Penggunaan tiub urinari ini mungkin tampak ringkas dan senang, namun demikian, jika tidak dijaga dengan betul, ianya boleh mendatangkan pelbagai komplikasi seperti jangkitan, kerosakan saluran urinari, trauma pada organ dan tisu yang terlibat dan sebagainya.
Beg kencing perlu dikosongkan sekiranya penuh atau setiap 8 jam. Langkah-langkah termasuk:
โช๏ธKandungan boleh dikeluarkan ke dalam tandas atau ke dalam bekas/baldi.
โช๏ธCuci tangan dengan air sabun.
โช๏ธCatitkan jumlah air kencing.
โช๏ธBukakan penyumbat beg kencing dan biarkan air kencing mengalir ke tandas atau bekas yang disediakan.
โช๏ธJangan biarkan penyumbat tersentuh lantai (cuci dengan bersih sekiranya ini terjadi).
โช๏ธSetelah beg kosong, tutupkan semula penyumbat dan cuci tangan anda.
Sebagai pesakit mahupun waris yang menjaga pesakit yang menggunakan tiub urinari ini, anda perlulah peka dan teliti dan menilai semua perkara di atas bagi menjamin kesihatan yang optimum kepada diri anda mahupun waris.