Tips Untuk Mandikan Pesakit Terlantar Di Atas Katil

Tugas untuk menjaga orang sakit ini bukanlah perkara yang mudah. Tambah pula kalau pesakit tersebut terlantar atas katil atau bedridden, cara penjagaan pesakit itu pun akan berbeza dan memerlukan pemerhatian yang lebih.

Ini juga termasuk dengan proses memandikan pesakit, di mana sebenarnya anda tidak perlu bawa mereka ke tandas untuk dimandikan kerana boleh melakukannya di atas katil sahaja.

Perkara ini bukan sahaja tidak membebankan penjaga, malah lebih memudahkan kedua-dua belah pihak.

Apa yang anda perlukan:

▪️ 2 baldi dan 3 kain kecil
▪️ 1 baldi air sabun biasa
▪️ Letak 1 kain untuk baldi air biasa dan dalam baldi air sabun, serta tuala kering biasa untuk lap

Cara mandikan :

1️⃣ Pertama sekali, kita lap guna air sabun dahulu
2️⃣ Kemudian, lap guna air biasa pula
3️⃣ Kemudian,lap guna kain kering biasa untuk keringkan air

Nak mulakan dari bahagian mana dulu?

👉 Pertama sekali, sentiasa mulakan dari bahagian wajah atau kepala dahulu.
👉 Kemudian, diikuti pula dengan kedua-dua belah tangan.
👉 Kalau pesakit ada pakai pampers, boleh buka pampers dulu dan lap bahagian depan badan, kedua-dua belah kaki.
👉 Penting untuk anda tahu bahawa, sebelum mandikan bahagian belakang pesakit pastikan tukar dulu pampers mereka. Lap bahagian sulit mereka menggunakan tisu badan, pusingkan badan dan tarik pampers lama untuk dibuang.
👉 Kemudian, boleh lap-lap bahagian belakang badan pesakit menggunakan tuala basah tadi. Lakukan untuk belah kiri dan kanan badan.
👉 Akhir sekali, baru cuci bahagian ketiak pesakit.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved