Kekal Sihat Di Usia Emas

PENUAAN merupakan proses semula jadi yang berlaku kepada semua manusia dan tidak dapat dielak.

Pada usia emas, banyak perubahan berlaku dari segi fizikal, psikologi dan sosial. Penjagaan pemakanan semasa usia emas dapat membantu mereka mengekalkan berat badan unggul bagi kehidupan yang lebih berkualiti.

1️⃣ Mengambil makanan dengan konsep Suku-Suku Separuh Kementerian Kesihatan.

👉 Utamakan pengambilan karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan biskut mil penuh. Karbohidrat kompleks memberi rasa kenyang yang lebih panjang serta mengandungi serat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.
👉 Pastikan protein yang lembut dipilih seperti ikan, telur, tauhu, tempe, keju, dadih, kacang rebus.
👉 Daging perlu dicincang halus, jika tidak dapat mengunyah dengan baik. Dalam pada itu, ambil dua sajian buah dan tiga sajian sayur setiap hari.

2️⃣ Warga emas perlu makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari dengan tambahan satu hingga dua kali snek sihat dan makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

👉 Sebagai contoh, snek sihat yang boleh diambil ialah buah-buahan, biskut bijirin penuh dan kuih rendah gula dan lemak.

3️⃣ Pastikan hidangan untuk makan malam adalah lebih ringan berbanding sarapan dan makan tengah hari dan air kosong diambil enam hingga lapan gelas sehari.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved