Apakah Penyakit Yang Selalu Mengganggu Warga Emas ?

Apabila memasuki usia senja pastinya banyak sakit tua yang akan menyerang. Ia adalah perkara normal bagi warga emas. Tidak hairan apabila ramai yang menderita pelbagai penyakit serius, bukan satu ada yang menghidap dua atau tiga penyakit sekaligus.

Mengapa ia berlaku? Ini kerana apabila menjengah ke usia tua sistem kekebalan tubuh mula merosot dan menjadi lebih lambat untuk memberikan tindakbalas.

Jom kita semak apakah penyakit yang sering menyerang warga emas.

1️⃣ Arthritis (radang sendi)
Arthritis adalah penyakit yang hampir ada untuk semua warga emas. Ia disebabkan penurunan kesihatan tulang dan sendi yang berpunca daripada pemakanan dan juga gaya hidup ketika muda.

2️⃣ Gangguan mental
Menurut World Health Organization (WHO) lebih dari 15 peratus dewasa di atas usia 60 tahun menderita gangguan mental. Gangguan mental yang umum dalam kalangan orang tua adalah depresi atau kemurungan.

3️⃣ Osteoporosis
Osteoporosis mempengaruhi hampir 44 juta orang dewasa di usia 50 tahun ke atas dan kebanyakan dari mereka adalah perempuan. Ia adalah perkara biasa apabila faktor penuaan menyebabkan tulang menyusut, serta kehilangan kekuatan dan fleksibiliti pada otot.

4️⃣ Kanser
Penyakit yang sering dihidapi seiring pertambahan usia adalah kanser. Biasanya wanita akan mengalami kanser payudara, serviks dan rahim manakala lelaki kanser paru-paru, prostat dan usus. Mereka yang menghidap kanser perlu diberikan rawatan rapi dan penjagaan terbaik.

5️⃣ Gangguan daya ingatan
Gangguan daya ingatan sering berlaku kepada warga emas pada usia 60 tahun ke atas. Sekitar 7 juta orang di seluruh dunia menghidap demensia, dan dikatakan akan meningkat sebanyak tiga kali ganda pada 2050.

6️⃣ Gangguan pendengaran dan penglihatan
Warga emas akan mula hilang penglihatan dan pendengaran sedikit demi sedikit bergantung kepada kekebalan tubuh mereka. Penyakit berkaitan mata adalah degenerasi makula, katarak, retinopati diabetes, dan glaukoma.

7️⃣ Gangguan kesihatan mulut
Kesihatan mulut adalah isu yang paling penting dalam kalangan orang tua. Masalah mulut yang berkaitan seperti mulut kering, penyakit gusi, dan kanser mulut.

8️⃣ Penyakit Jantung
Orang tua berisiko berdepan dengan penyakit darah tinggi dan kolesterol tinggi yang menjadi penyebab untuk mengalami strok dan sakit jantung.

9️⃣ Diabetes
Diabetes adalah penyakit umum warga emas yang disebabkan oleh perubahan pada tubuh sehingga badan tidak boleh menggunakan gula darah dengan efisien.

🔟 Strok
Strok sering terjadi kepada warga emas dan ia amat merbahaya apabila pesakit tidak mendapatkan rawatan lanjutan. Apabila terkena biasanya ia akan meninggalkan kerosakan pada otak. Strok berlaku apabila darah tidak sampai ke bahagian otak menyebabkan otak tidak mendapat oksigen secukupnya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved